Thursday 15 September 2011

PEMBUKA...

Assalamu'alikum.. terima kasih kerana visit my bloggg~~
Dengan lafaz Bismillah..saya memulakan blogg saya


"Doa Kekasih"
Ya Allah, Ramadhan yang Engkau beri kali ini amat menyeronokkan.Mengamit seribu ketenangan  jiwa. Memberi inspirasi kepada seluruh umat ISLAM.Ramadhan yang Engkau beri ini datang tanpa diundang, tetapi pergi tanpa disuruh. Setengah manusia mensyukuri nikmat Ramadhan. Tapi, alangkah sedihnya setengah lagi seperti tidak memperdulikan. Malah makin menjadi2. Engkau berilah HIDAYAH melalui RAMADHAN ya Allah agar kami akan menjadi rindu bila Ramadhan kali ini pergi. Campakkanlah CINTA kami kepada Engkau serta Nabi Muhammad s.a.w. Rasul - Mu. Kalau tidak kerana Engkau Maha berkuasa lagi Maha Bjaksana, tidak mungkin kami dapat berpuasa pada bulan yang Mulia itu. Gerakkanlah mulut kami agar sentiasa berzikir pada - Mu. Jauhilah kami daripada bisikan syaitan yang direjam, drpd kemaksiatan, nafsu yang jahat, serta fitnah. Jauhi jugalah kami drpd mara bahaya yang nyata mahupun yang tersembunyi, serta pelbagai jenis penyakit. Lindungilah kami drpd sikap yang RIAK (suka menunjuk2). Dan Kau ampunilah segala dosa2 kesalahan kami, dosa2 kesalahan kedua ibu bapa kami , dosa2 kesalahan rakan2 dan guru2 kami, dosa2 kesalahan seluruh ahli keluarga kami serta dosa2 kesalahan seluruh umat NABI MUHAMMAD s.a.w. Sesungguhnya Engkau Maha pengurnia lagi Maha pengampum.     


#(semoga dirahmati selalu) amin~~~


"Renungan"

perasan x zaman sekarang dah berubah??????
kenapa?????? bagaimana?????? itu persoalannya,,,
zaman sekarang ,,kalau tengok kat surat khabar ke ..majalah ke,,
memang dah ramai manusia x tau ape erti hidup...


ade yg GAY,,LESBIAN,,,malah PENGKID..
ape ,,dunia nie dah nak kiamat ke?????
jgn marah,,,tepuk dada tanye iman dulu..
ape aq nie dah sempurna sangat???
ape aq nie dah bertaubat????
aq nie dah pandai ke???


sape yg pandai sekarang??? cube bagi tau..
hanya ALLAH S.W.T sahaja yg Maha Bijaksana
kite hanya manusia,,hamba-Nya saje..
malu x kalau kite dibogelkan depan manusia yg lain...
mestilah malu!!!!!!!!!!!!!!!!!
sbb ape malu?? sbb kite semua ade nafsu...
malu x kite kalau ALLAH pulak tengok kite??
memang lah kite x nampak ALLAH,,tp 
ALLAH Maha Melihat,,
sedar x kite ,ape yg kite buat??
mungkin ade yg sedar ,,ade yg x sedar,,
tp itu semua dah x berguna lagi bile dah KIAMAT,, 


Nauzubillah!!!!


cube kite bayangkan berape banyakkah manusia di dunie nie???
betape bersyurkur nye kite masih boleh hidup lagi..
siap boleh bukak facebook lagi,hahaha~~~
tapi yang terseksa dalam kubur???sape nak tanggung????
tak ade sape beb!!!!!
sape yang tangung dose orang lain,,ade ke???? tak ade kan..
masing2 tangung dose sendiri bile dah besar ,,dah baligh nanti,,
tak kesian ke kat mak bapak yang kene tangung dose anak ,,,yang belum baligh???
ingat ,, dunie bukan kite punye tetapi ALLAH yang Maha Berkuasa,,
kite jgn gembire sangat dengan kehidupan kite yang macam sekarang nie,,
belum tentu lagi kite akan hidup sampai umur 30 thn,,
mungkin singkat lagi..20 ke???
ALLAH akan panjangkan umur kite kalau kite banyak beribadah kepadaNYA..
banyak cinta kan ALLAH,, berbanding dengan segale harta bende didunie nie..
banyak cintakan Al-Quran & Hadis2 sahih..
bukan nak perli,kite semua same jer,,banyak buat dosa...
tp kite?? ego kite yang tinggi???
ayah saudara Nabi Muhammad yang baik dengan Nabi Muhammad...
juga tidak memdapat hidayah dari ALLAH...
nie pulak kite yang dah memang ISLAM sejak kecil lagi..
renung2 kan dan beramal lah,,
mari lah sama2 kite beribadah kepada ALLAH ,,
supaya hidup kite tenang ,,
supaya dipanjang kan umur,,diberi rezeki oleh ALLAH..

DAN HIDUP AMAN DI DALAM SYURGA,,, AMIN~~~~


"Salam Ukhwah"
"Kemarahan itu berpunca daripada syaitan.
syaitan itu berasal daripada api,
Air boleh memadamkan api,
Maka sesiapa yang marah hendaklah segera dia berwuduk " 


(HADIS NABI SAW)


Jika kamu memancing ikan . setelah itu terlekat di mata kail , hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.Janganlah kamu lepaskan semula ke dalam air, bimbang ia mungkin akan sakit akibat ketajaman mata kail mu dan mungkin menderita selagi dia masih hidup.


Begitu jugalah setelah kamu berikan banyak pengharapan kepada seseorang, setelah ia mula menyayangi mu , hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah kamu tnggalkannya, bimbang dia akan terluka oleh kenangan bersama mu dan mungkin tidak boleh melupakan selagi dia masih mengingati mu .. ^^V


Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan walaupun maut menjadi noktahnya... 
kerana seorang sahabat tu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain biar pun tanpa bayangnya~~~ :')


Allah telah pun memberi banyak peluang untuk kita bertaubat .. tapi kenapa masih ada yang menghitamkan dirinya sendiri??? kenapa?? jangan ingat mudah untuk kita bersihkan BENDA yang hitam..bayangkan susah x kalau kita membersihkan cat hitam yang pekat yang terlekat ditangan??? tanpa menggunakan thinner??? susah!! tapi kalau kita menggunakan thinner ,, lebih senang bukan?? 


begitu juga lah hati kita yang selama ini mendengar kata2 binasa dari syaitan. Tidakkah akan hitam hati kita jika selalu mendengar kata2 itu? syaitan itulah cat hitam yang pekat.. dan thinner adalah iman yang kuat yang boleh membersihkan hati kita yang hitam itu.. renung2 kanlah ia.. jangan sampai kita pula yang dibinasakan.. Wallahu'alam~~

"Disebalik Nama"
Panggillah nama seseorang itu dengan nama yang sebenar kerana dengan nama itulah dia akan dipanggil di hadapan Allah di akhirat nanti.
"Kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan bapa kamu, maka perelokkanlah nama kamu"


Nama menggambarkan apa yang ada dalam naluri seseorang. Ia juga memberitahu cara pemikiran seseorang dan ia akan kekal sampai matinya.Dengan sebab itulah Islam meminta menamakan anak dengan nama yang baik.Pada hari ini kita lihat banyak nama diambil daripada nama-nama yang diimport dimana kebanyakkannya mempunyai makna yang kurang baik..


"Doa buat sahabat"
Sahabat...
Tika kau goyah, kau harus kuat kerana kau pembawa agama.
Tika kau terluka kau harus tabah kerana kau mujahid muda.
Tika kau gundah, ingatlah, ALLAH selalu ada untk meluah rasa... :')
Semoga tenang dalam mengharungi cabaran dunia...
Semoga berjaya dalam peperiksaan..
Berusahalah selagi mana terdaya..
Bertawakallah untuk hasil yang sempurna..


Afifah Aina, Nur Azwanie, Nurhidayatul Husna, Nor Azreen, Nor Annissa' Aqielah, Atikah Aina, Nor Amira.. Dan seluruh kawan yang ada didunia serta keluarga yang tercinta..yang mati mahupun yang masih hidup.. sesungguhnya,maafkan saya yang selama ini masih mentah,,dan lemah , didunia tiada yang sempurna.. tetapi diakhirat sungguhnya.. hmm.. kawan yang terbaik.. tolong doa kan kesejahteraan orang disekeliling..mak ayah jgn lupa.. andai Allah menarik semua nya.. yang ada pada saya.. bersabarlah kalau boleh.. gembira selalu.. Allah pasti membantu orang yang bersabar..orang sabar hati nya akan bercahaya..kalau sebaliknya ,, wallahu'alam.. akhir sekali tolong ingat pencipta kamu wahai manusia sekalian ,, ALLAH. Maha Besar.. amin~~


susah hati dengan sebab dunia, akan menghitamkan hati,
tetapi kalau susah hati dengan sebab dosa, akan memancarkan cahaya..


"Kehidupan dunia ini tidak lain kecuali pemainan dan hiburan, sedang kampung akhirat, itulah hidup yang sebenar andai mereka mengetahui"


[An-An_Kabut (64)] 


Semaikan ISLAM di Hati,
tanamkan IMAN nan Suci,
Bajai TAKWA setiap Hari,
berbuahlah BAHAGIA Hakiki :)


Rasulullah bersabda:
"Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang sekiranya kamu amalkan keduanya sekali, kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya=iaitu KITAB  Allah dan SUNNAHKU"


Sampai disini saja lah..insya'allah kalau ada masa yang terluang..saya akan tulis lagi..
Assalamu'alaikum..